Jumaat, 22 Jun 2018

Lelaki tertinggi di North Borneo di zaman British dijumpai di Pitas.

Lelaki tertinggi di North Borneo ini bernama "Matompol" yang menetap di kawasan hulu Sungai Bengkoka, Pitas. Lelaki ini ditemui sewaktu sensus dijalankan, di mana ia direkodkan memiliki ketinggian 7 kaki lebih. Dalam legenda Dusun, ada banyak tokoh yang diceritakan memiliki ketinggian luar biasa, misalnya legenda Tamadon, Gombunan, Mokonding, Lumanjau, Gambaliau dan sebagainya. Kebanyakannya digambarkan sebagai pahlawan yang gagah perkasa dan ketua suku kaum. Kisah manusia gergasi yang paling terkenal sekali adalah kisah "Goliat", pemimpin pasukan Palestine yang dikalahkan oleh Raja Daud dengan hanya menggunakan batu. Melalui ilmu sains, kewujudan manusia gergasi ini bole dijelaskan secara saintifik melalui penyakit biologi yang dipanggil "gigantism (giantism)", sejenis penyakit biologi di mana hormon pertumbuhan dikeluarkan secara berlebihan oleh tubuh, sehingga menyebabkan pertumbuhan sel yang melebihi daripada normal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan